Bekam merupakan kaedah membuang
toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang
diamalkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Diperkuatkan dengan
beberapa hadis sahih yang menjelaskan mengenai rawatan bekam, ia dikatakan
sebagai kaedah yang boleh membantu mengubati bermacam penyakit.
Bekam sudah wujud sejak zaman
purba Greek ribuan tahun dahulu dan pada zaman NabiMuhammad SAW para pengamal menggunakan tanduk
kerbau atau sapi, tulang unta dan gading gajah.
Orang-orang di Eropah pula
dikhabarkan menggunakan lintah sebagai alat berbekam. Pada satu masa, 40 juta lintah
diimport ke negara Perancis untuk tujuan itu. Lintah-lintah itu dilaparkan tanpa diberi
makan. Jadi bila ditempelkan pada tubuh manusia yang sakit, dia akan terus
menghisap darah tadi dengan efektif. Setelah kenyang, lintah tersebut tidak
berupaya lagi untuk bergerak, lantas jatuh dan mengakhiri penghisapannya.
JENIS-JENIS BEKAM
BEKAM KERING
Bekam kering juga disebut
sebagai bekam angin, kaedah bekam ini adalah menyedut permukaan kulit tanpa
mengeluarkan darah dari dalamnya. Bekam ini biasa digunakan untuk mengatasi
rasa nyeri yang disebabkan oleh reumatik dan rasa nyeri yang terjadi di
punggung. Bekam jenis ini akan meninggalkan bekas bekam berupa lebam warna
merah kehitam-hitaman pada tempat yang dibekam dan akan hilang beberapa hari
kemudian.
BEKAM BASAH
Bekam basah adalah sebuah
kaedah bekam yang dilakukan dengan melakukan bekam kering dulu kemudian
permukaan kulit yang dibekam dilukai dengan jarum yang disterilkan, kemudian
disedut dengan menggunakan alat cupping set dan hand pump untuk mengeluarkan
darah kotor melalui luka yang dibuat dengan jarum tadi. Biasanya dilakukan
selama 3 hingga 5 minit dan tidak boleh lebih dari 9 minit. Penyedutan darah
dapat dilakukan sebanyak maksima 7 kali dan tidak boleh lebih. Biasanya pada
bahagian yang disedut akan mengeluarkan darah berwarna merah kehitaman dan
berbuih.
Selepas berbekam, pada 3 jam
yang pertama tidak boleh terkena air dan bekam cara ini juga tidak boleh kerap
dilakukan dan diunjurkan jarak waktu selama 3 minggu sekali.
BEKAM API
Kadang disebut sebagai Fire
Cupping, seperti namanya bekam ini menggunakan medium api sebagai bahan
untk membuat ruangan hampa pada alat penyedut. Bekam ini dilakukan dengan gelas
yang direkabentuk khusus untuk membuat ruang hampagas pada kawasan bekam. Udara
di dalam gelas dibakar dengan menggunakan kertas atau kapas terbakar dan
kemudian gelas akan ditempelkan ke permukaan kulit.
PERBEZAAN BEKAM DAN DERMA DARAH
Di Malaysia, walaupun rawatan bekam
semakin meluas terutama di pusat-pusat rawatan bekam dan pusat rawatan
kecantikan, namun masih terdapat kebimbangan dalam kalangan masyarakat untuk
mengamalkannya. Keadaan ini timbul berikutan terdapat kekeliruan daripada
andaian-andaian negatif antaranya perempuan tidak perlu berbekam kerana akan
mempercepatkan proses menopaus, berbekam akan menyebabkan darah bertambah
kurang, ketagihan untuk berterusan melakukan bekam selain tidak yakin kaedah
itu mampu menyembuhkan penyakit terutama penyakit-penyakit kronik.
FAEDAH BERBEKAM
Membantu menghilangkan
pening dan migrain.
Membantu membuang angin
dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
Membantu memecahkan lemak.
Membantu memulihkan
ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
Membantu mencegah kebas
kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
Mengeluarkan darah toksik
dan melancarkan peredaran darah tersumbat.
Kesemua faedah yang dinyatakan
di atas adalah bergantung kepada individu. Ada yang mengalami salah satu atau
pun sebahagian darinya. Rawatan hendaklah dibuat beberapa kali sehingga
menampakkan hasil.
Kesan Sampingan Bekam
Sepertimana kaedah perubatan lain, bekam juga mempunyai kesan sampingan
sekiranya tidak dilakukan dengan kaedah yang betul. Antara kesan sampingan yang
boleh timbul ialah jangkitan kuman serta penularan penyakit yang disebabkan
oleh peralatan yang tidak disteril.
Kepada yang ingin mencuba
kaedah rawatan bekam hendaklah terlebih dahulu mendapatkan khidmat nasihat dari
pengamal perubatan tradisional serta doktor anda. Umumnya, individu yang tidak digalakkan untuk berbekam
ialah wanita mengandung, wanita haid, wanita yang kerap keguguran, individu
yang terlalu lemah, orang tua uzur, pengidap kanser darah, pengidap tekanan
darah rendah serius dan pengidap penyakit kulit serius.
Sumber :isn.gov.my , 7.1.2016
BERBEKAM merupakan sunnah Rasulullah SAW. Rawatan itu sudah wujud
sejak ribuan tahun lalu dengan menggunakan alatan seperti tanduk kerbau atau
sapi, tulang unta dan gading gajah.
Amalan berbekam bermaksud menyedut keluar darah kotor daripada
tubuh yang dipercayai dapat mengurangkan gejala penyakit dan alternatif rawatan
kecantikan.
“Bekam darah yang dilakukan pada wajah atau badan juga bagus untuk
kecantikan dan anti-penuaan. Apabila berbekam, aliran darah menjadi lancar dan
hasil maklum balas pelanggan, kulit mereka tampil lebih berseri, cantik dan
kurang garis halus.
“Jika untuk kecantikan, pelanggan dicadangkan berbekam pada wajah
dan hasilnya, jerawat akan mula mengecut, jeragat pudar dan kulit lebih segar.
Sebenarnya aliran darah yang lancar memberikan hasil kulit yang berseri,”
katanya kepada Utusan Malaysia.
Selain itu, katanya, bekam juga boleh merawat resdung dan pelbagai
penyakit.
BEKAM MENYAKITKAN?
Tanggapan masyarakat kononnya rawatan bekam menakutkan ditepis Nur Aslinda
kerana katanya, rawatan terkini kurang menyakitkan malah luka cepat kering dan
sembuh.
Katanya, dahulu torehan menggunakan pisau dan adakala menyebabkan
badan sakit tetapi kini menggunakan jarum halus.
“Dengan jarum halus, darah hanya akan keluar sedikit dan luka pun
cepat sembuh,” ujarnya.
HILANG BANYAK DARAH?
Nur Aslinda menambah, berbekam hanya mengeluarkan darah yang ada pada bawah
kulit sahaja tanpa menyentuh arteri atau saluran darah besar.
“Sebelum berbekam, kita akan membuat pemeriksaan terlebih dahulu.
Individu yang mempunyai masalah darah dinasihatakan untuk tidak melakukannya.
Kalau kita keluarkan darah kotor bimbang ganggu kesihatan mereka.
“Masalah seperti kanser darah dan anemia tidak boleh berbekam,”
katanya.
INDIVIDU TIDAK BOLEH BEKAM?
» Wanita mengandung
» Orang tua yang uzur
» Pesakit kencing manis
» Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah
MASA TERBAIK
» Sebulan sekali atau tiga bulan sekali bergantung kepada gaya hidup.
» Setiap bulan Islam pada tarikh 17,19 dan 21 hijrah.
» Jika tiada penyakit, boleh lakukan dua atau tiga bulan sekali.
KESAN SAMPINGAN
» Rasa gatal yang normal pada kulit selepas berbekam. Bersihkan diri atau mandi
seperti biasa menggunakan sabun.
PANTANG LARANG
» Tiada sebarang larangan ketika, sebelum atau selepas berbekam. Terpulang
kepada individu untuk berpantang. Jika mempunyai masalah elergi, elak makanan
yang menyebabkan kegatalan dalam tempoh dua hari sehingga luka kering.
PERLU PUASA ATAU TIDAK?
» Berpuasa tidak mengganggu aktiviti berbekam. Disarankan makan roti atau
makanan ringan sekadar isi perut terutama individu yang mempunyai tekanan darah
rendah. Elak makan nasi atau yang terlalu mengenyangkan.
ALTERNATIF
JAGA KESIHATAN » Boleh dijadikan rawatan healing untuk individu
yang selalu stres » Sesuai untuk mereka yang kerap migrain. » Bagi penyakit tiga serangkai amalan bekam
dapat mengekalkan bacaan gula dan lemak dalam darah tetapi perlu dilakukan
secara konsisten. » Stres belakang tengkuk berkurangan.
Sumber; Utusan.com.my , 5 julai 2023
Turunkan paras insulin
dalam darah
Pengamal Perubatan
Alternatif Terapi (Bekam), Dr Rosmawati Mohamed, berkata bekam basah membantu
pesakit kencing manis menurunkan paras insulin.
Rawatan secara
sistematik mengikut prosedur asas terapi, selain pemantauan jurubekam membantu
pesakit mendapatkan manfaat.
“Mengikut Prosedur
Operasi Standard (SOP) British Company Sosiety (BCS), jurubekam terlebih perlu
melakukan pemeriksaan awal dengan mengetahui sejarah pesakit sebelum prosedur
dijalankan.
“Pesakit tidak boleh
mengharapkan rawatan bekam semata-mata untuk pulih sepenuhnya, mereka perlu
tingkatkan disiplin mengurangkan pengambilan makanan tinggi gula menerusi
amalan makan secara sihat,” katanya.
Dr Rosmawati berkata
demikian ketika ditemui sempena Wacana bertajuk Darah, Bekam dan Urut dari
perspektif Etno-Sains Perubatan Alam Melayu, anjuran Institut Alam dan Tamadun
Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di Bangi baru-baru ini.
Terapi kurangkan
kesakitan
Garis Panduan Amalan
Perubatan Tradisional dan Komplementari: Bekam Kementerian Kesihatan,
menyatakan rawatan tradisional seperti sebagai sebahagian daripada terapi
alternatif mengurangkan kesakitan.
Sebagai contoh,
berbekam mengeluarkan darah kotor dan toksin dari badan cara torehan pada
badan, menggunakan tanduk atau cawan panas yang ditelungkupkan pada tempat
ditoreh tadi.
Darah yang keluar
kesan torehan adalah sel darah merah yang kotor dan rosak selepas tamat tempoh
120 hari.
Berdasarkan tempoh
itu, beliau menggalakkan rawatan bekam basah dilakukan tiga atau empat bulan
sekali. Jika darah kotor tidak dibersihkan dan hanya mengalir di sekitar salur
darah, kesannya boleh menyebabkan saluran tersumbat.
Kaedah torehan yang
sempurna, menggunakan pisau cukur yang diubahsuai dengan mematahkan sebahagian
menjadi satu mata. Kedalaman pisau cukur berkenaan perlu tidak melebihi dua
milimeter.
“Kedalaman itu sudah
memadai untuk memberi kesan torehan berkesan iaitu tidak terlalu dalam atau
cetek. Pastikan pisau tidak digunakan berulang kali sebaliknya dipakai buang.
“Kebanyakan pengamal
bekam selesa menggunakan jarum khusus bekam yang memantul untuk mencucuk
bahagian yang hendak dibekam,” katanya.
Patuhi 10 titik bekam
Terdapat 10 titik
bekam tradisional mengikut sunnah pada seluruh tubuh tetapi boleh lebih banyak
mengikut mengikut masalah yang dihadapi berdasarkan keperluan setiap individu.
Biarpun titik bekam
boleh dilakukan seluruh tubuh, namun beliau berkata, rawatan itu tidak boleh
dilakukan terlalu banyak untuk satu sesi.
Pesakit disaran
melakukannya pada kuantiti lima hingga 10 cawan untuk satu sesi rawatan.
Pesakit juga dinasihat
mengambil vaksin terlebih dulu sebelum melakukan prosedur berkenaan.
Jumlah darah yang
keluar dari tubuh juga tidak boleh terlalu banyak. Dianggarkan antara 50 hingga
60 mililiter (ml) sekali rawatan kerana bimbang boleh memudaratkan kesihatan.
Selain lebam dan luka
mengambil masa lama sembuh, kesan lebih buruk yang tidak diingini boleh berlaku
selepas prosedur bekam ialah penyakit hepatitis B dan C serta HIV yang merebak
melalui darah.
Pastikan pusat rawatan
mematuhi amalan standard bagi mengelak kemungkinan berlaku jangkitan.
Lebih membimbangkan
sekiranya pesakit dalam keadaan yang tidak bersedia atau cergas untuk bekam,
selain risiko menyebabkan kematian, Namun setakat ini, tiada laporan dan tidak
pernah berlaku kematian kerana bekam.
INFO: Berbekam
mengikut prosedur
→ Segelintir
masyarakat di negara melakukan bekam terhadap anak kecil seawal usia tiga atau
empat tahun. Anak terlalu kecil tidak sesuai kerana sistem antibodi masih kuat.
→ Standard prosedur
BCS menetapkan had usia 16 tahun bagi individu yang layak berbekam.
→ Disarankan
mengehadkan usia boleh mula bekam pada usia 12 tahun kerana lebih fleksible.
→ Pada usia berkenaan
individu boleh memahami fungsi bekam dan mudah memberi kerjasama sepenuhnya.
Syarat tertakluk kepada kebenaran ibu bapa dan penjaga.
Panduan asas berbekam
Sebelum bekam
→ Digalak berpuasa,
bergantung kepada keadaan - bimbang letih asalkan tidak memudaratkan kesihatan
pesakit.
→ Ambil makanan
ringan. jarakkan tempoh dua jam sebelum berbekam.
→ Elak minuman manis
Selepas bekam
→ Elak aktiviti lasak
→ Elak terus mandi
sejurus selepas berbekam.
→ Jarakkan antara dua
jam atau mandi keesokan hari.
Tasik Kenyir merupakan sebuah tasik buatan dengan keluasan 38,000 hektar. Terletak di daerah Hulu Terengganu bersempadan dengan Negeri Kelantan di sebelah barat dan Negeri Pahang di sebelah selatan, Tasik Kenyir adalah sebahagian daripada Wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah.
Jun 2023, kami berkesempatan melawat beberapa lokasi pelancongan di Tasik Kenyir melalui aktiviti House Boat. Antara lokasi yang sempat dilawati ialah Air Terjun Saok dan Taman Herba.