Penggunaan Touch 'n Go dan smartTAG akan berakhir menjelang hujung tahun 2023. Fungsinya akan digantikan dengan penggunaan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) bagi pembayaran tol
"Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup berkata penggunaan kad Touch 'n Go dan SmartTAG mungkin akan diberhentikan pada penghujung 2023"
"Kerajaan sekarang akan beri diskaun sebanyak RM10 sekiranya kita membeli RFID melalui dompet elektronik atau e-wallet, pada masa sama kita masih lagi mengkaji beberapa kaedah untuk memberikan insentif tambahan seperti pembeli kereta baharu supaya RFID akan dipasang dalam kereta tersebut," katanya.
- Sumber : malaysiakini.com , 20 Dec 2021.
"Penggunaan kad Touch `n Go (TnG) dan SmartTAG di plaza tol Lebuh Raya Utara-Selatan PLUS) laluan Juru, Pulau Pinang hingga Skudai, Johor, akan dihentikan bermula 15 Januari 2022. Ia akan digantikan dengan kad teknologi Radio Frequency Identification (RFID) yang akan dilaksanakan untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1)"
- Sumber : Utusan.com.my ,17 Dec 2021
Pembelian pelekat RFID boleh dilakukan melalui Touch n Go e-wallet, Shoppe, Lazada dan laman TNG RFID. Ianya juga boleh dibeli di Pusat Pemasangan.
Untuk mengaktifkan Tag RFID, ikuti langkah berikut:
Klik pada ikon RFID pada aplikasi Touch n Go eWallet
Klik pada butang ‘Activate’
Isi dan semak butiran akaun anda
Daftarkan kenderaan anda
Masukkan nombor tag RFID 24-digit atau scan barcode pada pakej pembelian
Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya.
*****************
KENALI RASULULLAH SAW
Nama:
Menurut al-Buti, nama penuh baginda ialah Muhammad bin
Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin
Murrah bin Ka‘ab bin Lu’ai bin Ghalib bin Farh bin Malik bin Nadhr bin Kinanah
bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma‘ad bin Adnan.
Keturunan baginda daripada susur galur Nabi Ismail Ibrahim
AS (Fiqh al-Sirah al-Nabawiyyah). Berbangsa Quraisy daripada bani Hashim
seperti sabdaan baginda: “Sesungguhnya ALLAH memuliakan Kinanah daripada anak
Ismail, Dia memuliakan bangsa Quraisy daripada keturunan Kinanah, Dia
memuliakan bani Hashim daripada bangsa Quraisy, kemudian Dia memuliakanku
daripada bani Hashim” (HR Muslim).
Datuknya iaitu Abdul Mutalib yang memberikan
nama Muhammad yang bermaksud 'yang terpuji' walaupun nama itu jarang digunakan
oleh masyarakat Arab pada waktu itu
Kelahiran:
Kebanyakan sumber sirah menyatakan baginda lahir pada 12
Rabiulawal bersamaan 20 April 570M. Namun al-Mubarakfuri menyatakan baginda
lahir pada 9 Rabiulawal bersamaan 20 April 571M (al-Rahiq al-Makhtum) iaitu
pada tahun pertama selepas peristiwa tentera bergajah yang dipimpin oleh
Gabenor Yemen iaitu Abrahah.
Peristiwa ini dirakamkan oleh ALLAH SWT dengan jelas
menerusi al-Quran (al-Fil, 1-5) yang membuktikan kesesatan tentera Abrahah itu
sehingga membawa kepada kehancuran mereka. Justeru, pada tahun kelahiran
baginda dikenali sebagai ‘am al-fil (tahun gajah) kerana kehancuran pasukan
bergajah yang ingin meruntuhkan Kaabah yang mulia.
Baginda dilahirkan dalam keadaan yatim kerana bapanya
Abdullah Abdul Mutalib meninggal dunia di Madinah ketika baginda baru dua bulan
dalam kandungan ibunya, Aminah Wahab.
Ketika berusia 6 tahun ibunya membawa baginda menziarahi
kubur bapanya, namun ibunya sakit ketika dalam perjalanan pulang lalu meninggal
dunia di Abwa’, iaitu tempat yang terletak antara Makkah dengan Madinah.
Baginda menjadi yatim piatu ketika masih kecil, namun ALLAH
menghadirkan manusia mulia dalam kehidupan baginda.
Keluarga:
Meskipun Rasulullah SAW anak tunggal, namun baginda
mempunyai ramai saudara susuan lantaran ramai orang yang menjaga dan mengasuh
baginda sejak dari bayi.
Selain Aminah, ibu susuan baginda termasuklah Suwaibah dan
Halimah al-Saa‘diyyah selain pernah dijaga oleh Ummu Aiman dan saudara
susuannya iaitu Syaima’.
Saudara susuan baginda pula Abu Salamah Abdullah, Hamzah
(yang juga bapa saudaranya), Abdullah dan Syaima’ (anak Halimah) dan Abu Sufian
(yang juga sepupu baginda).
Menurut al-Jauzi, Hamzah Abdul Mutalib (bapa saudara baginda)
bertemu saudara susuan bersama Rasulullah SAW daripada dua cabang yang sama
iaitu Suwaibah dan Halimah al-Saa‘diyyah (Zad al-Ma‘ad).
Selepas kewafatan ibunya pada usia 6 tahun, tanggungjawab
itu diambil alih oleh datuknya, Abdul Mutalib. Namun selepas dua tahun dalam
jagaan datuknya, Abdul Mutalib meninggal dunia sehingga baginda dijaga pula
oleh bapa saudaranya iaitu Abu Talib.
Gelaran:
Imam al-Tirmizi meriwayatkan hadis daripada Jubair bahawa
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya aku mempunyai beberapa nama iaitu
Muhammad, Ahmad, al-Mahi, al-Hasyir dan al-‘Aqib” (al-Syama’il
al-Muhammadiyyah).
Riwayat lain pula (Huzaifah RA) menyebut baginda juga
digelar sebagai nabi al-Taubah, al-Rahmah, al-Muqaffa’ dan al-Malahim.
Selain itu, baginda sangat masyhur dengan gelaran al-Amin
iaitu 'seorang yang amanah' kerana baginda sentiasa menjadi rujukan masyarakat
Arab apabila mereka ingin keluar dari kota Makkah sama ada untuk pergi berniaga
atau bermusafir.
ALLAH membenarkan sifat amanah Rasulullah SAW menerusi
firman-Nya: “Sesungguhnya aku seorang Rasul yang amanah” (al-Syu‘ara’, 107).
Pekerjaan:
Baginda bekerja sebagai penggembala kambing. Sememangnya
menggembala kambing merupakan pekerjaan kebanyakan nabi dan rasul AS.
Ketika berusia 12 tahun, baginda turut serta dalam rombongan
bersama bapa saudaranya Abu Talib ke Syam untuk berdagang. Baginda sentiasa
membantu bapa saudaranya dalam urusan kehidupan dan pekerjaan.
Masyarakat Arab sejak zaman dahulu menjadi rutin perjalanan
mereka ke Syam pada musim panas manakala ke Yemen pada musim sejuk seperti
firman-Nya di dalam al-Quran (al-Quraisy, 1-2).
Perkahwinan:
Isteri pertama Rasulullah SAW ialah Khadijah Khuwailid
al-‘Asadiyah. Khadijah sebelum itu pernah berkahwin sebanyak dua kali.
Khadijah mengenali baginda melalui Abu Talib sewaktu
menguruskan hal-hal perniagaan, lalu Khadijah memeterai perjanjian perniagaan
bersama baginda ke Syam.
Sepanjang perjalanan ke Syam, baginda ditemani oleh Maisarah iaitu pembantu Khadijah. Kejujuran yang ada dalam diri baginda
menyebabkan Khadijah jatuh hati kepadanya sehingga membawa kepada perkahwinan.
Ketika itu baginda berusia 25 tahun manakala Khadijah pula berusia 40 tahun.
Melalui perkahwinan bersama Khadijah, mereka dikurniakan
beberapa orang anak iaitu al-Qasim, Abdullah, Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum
dan Fatimah.
Baginda mempunyai tujuh orang anak iaitu enam daripada
Khadijah manakala seorang lagi iaitu Ibrahim daripada Mariah al-Qibtiyah yang
merupakan hamba yang dinikahi baginda.
Baginda tidak pernah berkahwin dengan sesiapapun sehingga
Khadijah meninggal dunia sebelum peristiwa Isra’ Mikraj pada tahun ke-10
kenabian (Fiqh al-Sirah al-Nabawiyyah).
Isteri-isteri:
Selepas kewafatan Khadijah, baginda berkahwin dengan
beberapa orang iaitu (1) Saudah Zum‘ah, (2) Aishah Abu Bakar, (3) Hafsah Umar,
(4) Zainab Khuzaimah, (5) Ummu Salamah Abu Umayyah, (6) Zainab Jahsy, (7)
Juwairiyah Harith, (8) Ummu Habibah Abu Sufyan, (9) Safiyyah Huyai dan (10)
Maimunah al-Harith (al-Misri, Sahabiyyat hawla al-Rasul).
Rasulullah SAW juga mempunyai isteri daripada kalangan hamba
iaitu (1) Mariah al-Qibtiyah dan (2) Raihanah Sam‘un.
Kerasulan:
Rasulullah SAW menyaksikan kehidupan masyarakat Jahiliah
yang sesat dan syirik kepada ALLAH SWT. Mereka menyembah berhala, menenung
nasib dan tiada pedoman agama.
Melihat keadaan ini, baginda selalu bersendirian di Gua
Hira’. Setiap kali ke sana, baginda akan membawa bekalan makanan untuk tempoh
beberapa hari. Berbanding dengan kota Makkah, baginda merasakan ketenangan
bersama ALLAH SWT ketika beribadah di Gua Hira’.
Ia berterusan sehinggalah suatu hari ketika berada di gua
tersebut, baginda terdengar suara yang menyeru untuk membaca (al-‘Alaq, 1-5).
Itulah wahyu pertama yang diterima oleh baginda ketika berusia 40 tahun yang
mengangkat kedudukan baginda kepada manusia yang mulia di sisi ALLAH SWT.
Bermula daripada itu, baginda mula berdakwah secara sembunyi
kepada isteri dan ahli keluarga terdekat. Pada peringkat awal, dakwah baginda
hanya diterima oleh golongan kanak-kanak, hamba dan orang fakir miskin.
Sahabat pertama yang memeluk Islam ialah Ali Abu Talib yang
ketika itu berusia 10 tahun. Kemudian diikuti dengan sahabat yang lain seperti
Zaid Harisah, Abu Bakar, Uthman Affan, Zubair Awwam dan ramai lagi.
Mereka pada waktu itu mengadakan pertemuan secara rahsia di
rumah al-Arqam Abu al-Arqam selama tiga tahun.
Penurunan ayat yang menyuruh Rasulullah SAW berdakwah secara
terang-terangan tanpa perlu menghiraukan tindakan golongan Musyrikin Makkah
(al-Hijr, 94).
Bermulalah ujian dalam perjuangan Rasulullah SAW dan para
sahabat RA. Mereka bukan sahaja dihalang, tetapi dipulau, dipukul, dicederakan
dan ada yang dibunuh dengan zalim.
Penentangan daripada puak Musyrikin diketuai oleh Abu Jahal,
Abu Lahab dan Abu Sufyan yang menentang dakwah baginda dengan pelbagai cara
termasuklah dengan menawarkan wang, pangkat dan wanita. Namun, semua tawaran
itu sedikit pun tidak mengubah pendirian baginda untuk terus berdakwah secara
terang-terangan.
Hal ini mengundang kemarahan Musyrikin, lantas mereka
menzalimi umat Islam sehingga ada yang dibunuh dengan kejam.
Selama 13 tahun dakwah Rasulullah SAW di Makkah dengan ujian
yang berat bersama sahabat sehingga ALLAH SWT merakamkan keperitan mereka di
dalam al-Quran (al-Baqarah, 214) sekali gus menjanjikan mereka kemenangan.
Hijrah:
Selepas 13 tahun berdakwah di Makkah, kini sudah tiba
perintah berhijrah. Rasulullah SAW telah melakukan beberapa kali siri hijrah ke
Taif dan Habsyah, namun penerimaan masyarakat di sana sangat mengecewakan
baginda.
Ada pun hijrah ke Madinah merupakan hijrah yang agung,
bahkan dinanti-nantikan oleh sekalian sahabat RA. Ini adalah kerana menurut
riwayat Aishah RA, umat Islam diseksa dengan berat sehingga mereka mengadu
kepada Rasulullah SAW dan meminta izin untuk berhijrah.
Rasulullah SAW keluar bersama Abu Bakar waktu malam pada 26
Safar menuju ke Gua Thur dan tinggal di sana selama tiga hari. Selepas keadaan
reda, mereka memulakan perjalanan menuju ke Yathrib sehingga tiba di Quba’ dan
mereka tinggal di sana selama empat hari. Pada 12 Rabiulawal, baginda tiba di
Yathrib.
Antara perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW
setibanya di Yathrib ialah membina masjid, persaudarakan golongan Muhajirin dan
Ansar dan menukarkan nama Yathrib kepada al-Madinah al-Munawwarah.
Namun begitu, di Madinah baginda berhadapan pula dengan
golongan Yahudi dan Nasrani yang enggan beriman dengan Rasulullah SAW.
Tidak berhenti di situ sahaja, bahkan orang golongan
Munafiqin yang berwajah Islam di hadapan baginda dan mengaku beriman kepadanya
(al-Baqarah, 8)
Peperangan:
Rasulullah SAW menyertai banyak peperangan khususnya selepas
hijrah, namun antara peperangan yang masyhur disertai baginda ialah perang
Badar, perang Uhud, perang Ahzab, perang Khaibar, perang Hunain dan perang
Tabuk.
Antara peristiwa penting dalam tempoh ini ialah pembukaan
kota Makkah dan Haji al-Wada‘ yang berlaku dalam satu masa. Peristiwa ini
berlaku kerana pengkhianatan kafir Quraisy terhadap perjanjian yang dimeterai
bersama umat Islam iaitu umat Islam boleh menunaikan umrah pada tahun ke-7
hijrah. Lantaran serangan hendap yang dilakukan oleh puak kafir Quraisy, ia
sekali gus membatalkan perjanjian tersebut.
Pada Ramadan tahun ke-8 hijrah, Rasulullah SAW mempersiapkan
10,000 tentera menuju ke kota Makkah dengan niat untuk menyerang. Jumlah
tersebut membuatkan kafir Quraisy berasa takut lalu menyerah diri dan memeluk
Islam.
Mereka termasuklah ahli keluarga baginda seperti Abu Sufyan,
‘Abbas Abdul Mutalib.
Rasulullah SAW dan tentera Islam akhirnya memasuki Masjid
al-Haram dengan selamat tanpa pertumpahan darah. Baginda membacakan firman
ALLAH SWT: “Wahai manusia! Kami ciptakan kamu dengan pelbagai bangsa dan puak
supaya kamu saling mengenali antara satu sama lain. Sesungguhnya orang paling
mulia dalam kalangan kamu ialah orang yang paling bertakwa. ALLAH Maha
Mengetahui dan Maha Luas Pengetahuan” (al-Hujurat, 13).
Kewafatan:
Sekembali baginda daripada mengerjakan haji al-Wada‘ pada
akhir bulan Safar tahun ke-11 hijrah, baginda mengadu sakit kepala. Walaupun
begitu, baginda masih sempat mengimamkan solat berjemaah di masjid.
Kesakitan yang ditanggung oleh baginda membawa kepada demam
yang berpanjangan. Pada Subuh Isnin bersamaan 12 Rabiulawal tahun ke-11H,
baginda tidak lagi mampu berjemaah di masjid dan baginda meminta Abu Bakar
untuk mengimamkan solat.
Rasulullah SAW meninggalkan kita semua buat selama-lamanya
selepas 10 tahun tinggal di Madinah. Menurut Ibnu Abbas RA: “Rasulullah SAW
tinggal di Makkah selama 13 tahun dan di Madinah selama 10 tahun, kemudian wafat
ketika berumur 63 tahun” (HR Tirmizi, al-Bukhari, Muslim dan Ahmad)