CADANGAN PENYELESAIAN : MENGENALPASTI SEJARAH PBSM
JADUAL KERJA : MEMBINCANG DAN MEMBAHASKAN SEJARAH PBSM
MEMBUAT PENILAIAN
ELEMEN KBAT : KEBOLEHAN MENAAKUL
===================
SEJARAH
Persatuan Bulan
Sabit Merah Malaysia (PBSM) adalah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada
tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada
tahun 1963.
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) telah wujud sebelum merdekadengan nama Palang Merah . Di bawah penjajahan British ia
dikenali sebagai "a branch of the British Red Cross". Peperangan
Dunia Kedua dan waktu pemerintahan Jepun telah memusnahkan beberapa kawasan di
dalam negara kita dan ramai rakyat hidup dalam kemiskinan dan
penderitaan.Laporan tahunan Persatuan Palang Merah British bagi tahun 1945
dalam perenggan penutup dan mencatatkan: " Akibat peperangan, Borneo Utara
adalah kawasan yang teruk dilanda kemusnahan di Tenggara Asia dan penduduknya
menanggung derita yang amat sangat semasa pemerintahan Jepun. Oleh yang
demikian,peluang bagi aktiviti-aktiviti palang Merah adalah banyak dan sekarang
oleh kerana asasnya telah diwujudkan,adalah diharapkan bahawa ianya akan
berkembang dalam tahun-tahun akan datang ".
Cawangan Sabah
Bukti-bukti dokumen
yang ada dalam arkib Persatuan Palang Merah British menunjukkan bahawa cawangan
Palang Merah pertama di Sabah ditubuhkan pada bulan April 1948.
Cawangan Sarawak
Palang Merah
pertama ditubuhkan dalam bulan April / Mei tahun 1948,walaupun mengikut rekod
satu permohonan rasmi mewujudkan cawangan Palang Merah di Sarawak telah dibuat
lebih awal iaitu pada bulan Februari 1948.
Cawangan
Semenanjung Malaysia
Unit Palang Merah
yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang dalam tahun 1950,yang kemudiannya
menjadi satu cawangan.Dalam bulan Februari 1951,Cawangan Persekutuan Tanah
Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan Miss Jordan dan Miss Johnson serta dua
orang pegawai medan Palang Merah British. Manakala Palang Merah Pahang telah
ditubuhkan pada tahun 1952.
Penukaran Nama
Pada 5 September
1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan
Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan
Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta
1975 oleh Parlimen Malaysia.
PRINSIP-PRINSIP BULAN SABIT MERAH
1. KEMANUSIAAN
Untuk berusaha mencegah dan meringankan kesengsaraan, melindungi nyawa
dan kesihatan, serta menentukan penghormatan sesama manusia. Ia memupuk
kesefahaman, kesahabatan, kerjasama dan kedamaian yang kekal antara manusia.
2. SAKSAMA
Tidak membezakan
bangsa, kaum, agama, darjat atau pendapat politik dalam kegiatannya. Tujuan
asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan mengutamakan bantuan.
3. BERKECUALI
Untuk mempertahankan
kepercayaan yang terletak padanya. Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak
yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik,
perkauman, agama atau ideologi.
4. KEBEBASAN
Walaupun berupa
badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk kepada
undang-undang negaranya. Persatuan tetap menjaga kebebasannya dalam segala
tindakannya yang berasaskan perikemanusiaan.
5. KHIDMAT SUKARELA
Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang
tujuan mencari untung.
6. KETUNGGALAN
Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah
dalam sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan
aktivitinya meliputi seluruh negara.
7. KESEJAGATAN
Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa
meliputi seluruh dunia, dimana semua Persatuan mempunyai taraf dan
tanggungjawab yang sama serta saling bantu-membantu di antara satu sama lain.
LAGU PBSM
Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya
Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya
Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat
*Lyrics: Dato’ Dol Ramli @ Song: Dato’ Johari Salleh”Lagu Bulan Sabit
Merah” – was first played in a ceremony 1975 to commemorate the change of name
of the Society from the Malaysian Red Cross Society to the Malaysian Red
Crescent Society.
BAHAWASANYA
KAMI / AHLI PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA, DENGAN INI BERJANJI / AKAN
TAAT SETIA PADA TUHAN, SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG DAN SULTAN DI
NEGERI KAMI / BERDASARKAN KEPADA PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA / SERTA AKAN
BERSAMA-SAMA MEREKA DISELURUH DUNIA / MEMBANTU MEREKA YANG SAKIT DAN MENDERITA /
BERDASARKAN KEPADA PRINSIP PALANG MERAH / BULAN SABIT MERAH SEPERTI BERIKUT
KEMANUSIAAN
KESAKSAMAAN
KEBERKECUALIAN
KEBEBASAN
PERKHIDMATAN SUKARELA
KETUNGGALAN
KESEJAGATAN
Aktiviti 1: Mesyuarat Agung Kali Pertama
Tema : Mesyuarat
Tajuk : Pendaftaran dan Perlantikan AJK
Masalah : Tiada AJK untuk mengendalikan persatuan setelah
pembubaran AJK tahun terdahulu dan ahli baru belum mengenali barisan guru
penasihat.
Cadangan / Alternatif : Mengadakan mesyuarat Agung dan memperkenalkan
guru-guru penasihat (google meet /google form).
Cadangan penyelesaian : Pendaftaran dan melantik AJK baru bagi tahun semasa
Laporan dan Persembahan : Senarai ahli berdaftar dan AJK yang dilantik beserta
guru penasihat