Isnin, 28 Jun 2021

AKTIVITI 2 : PENGENALAN KEPADA PBSM

TEMA : PENGENALAN KEPADA PBSM

TAJUK : SEJARAH PBSM

MASALAH : KURANG PENGETAHUAN TENTANG SEJARAH PBSM

CADANGAN/ALTERNATIF : MENGENALPASTI SEJARAH PBSM

                                              MENILAI SEJARAH PBSM


CADANGAN PENYELESAIAN : MENGENALPASTI SEJARAH PBSM


JADUAL KERJA : MEMBINCANG DAN MEMBAHASKAN SEJARAH PBSM

                             MEMBUAT PENILAIAN

ELEMEN KBAT : KEBOLEHAN MENAAKUL

===================

SEJARAH 

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) adalah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) telah wujud sebelum merdeka dengan nama Palang Merah . Di bawah penjajahan British ia dikenali sebagai "a branch of the British Red Cross".  Peperangan Dunia Kedua dan waktu pemerintahan Jepun telah memusnahkan beberapa kawasan di dalam negara kita dan ramai rakyat hidup dalam kemiskinan dan penderitaan.Laporan tahunan Persatuan Palang Merah British bagi tahun 1945 dalam perenggan penutup dan mencatatkan: " Akibat peperangan, Borneo Utara adalah kawasan yang teruk dilanda kemusnahan di Tenggara Asia dan penduduknya menanggung derita yang amat sangat semasa pemerintahan Jepun. Oleh yang demikian,peluang bagi aktiviti-aktiviti palang Merah adalah banyak dan sekarang oleh kerana asasnya telah diwujudkan,adalah diharapkan bahawa ianya akan berkembang dalam tahun-tahun akan datang ".

Cawangan Sabah

Bukti-bukti dokumen yang ada dalam arkib Persatuan Palang Merah British menunjukkan bahawa cawangan Palang Merah pertama di Sabah  ditubuhkan pada bulan April 1948.

Cawangan Sarawak

Palang Merah pertama ditubuhkan dalam bulan April / Mei tahun 1948,walaupun mengikut rekod satu permohonan rasmi mewujudkan cawangan Palang Merah di Sarawak telah dibuat lebih awal iaitu pada bulan Februari 1948.

Cawangan Semenanjung Malaysia

Unit Palang Merah yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang dalam tahun 1950,yang kemudiannya menjadi satu cawangan.Dalam bulan Februari 1951,Cawangan Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan Miss Jordan dan Miss Johnson serta dua orang pegawai medan Palang Merah British. Manakala Palang Merah Pahang telah ditubuhkan pada tahun 1952.

Penukaran Nama

Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia.


PRINSIP-PRINSIP BULAN SABIT MERAH 

1. KEMANUSIAAN

Untuk berusaha mencegah dan meringankan kesengsaraan, melindungi nyawa dan kesihatan, serta menentukan penghormatan sesama manusia. Ia memupuk kesefahaman, kesahabatan, kerjasama dan kedamaian yang kekal antara manusia.


 2. SAKSAMA

Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau pendapat politik dalam kegiatannya. Tujuan asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan mengutamakan bantuan.

3. BERKECUALI

Untuk mempertahankan kepercayaan yang terletak padanya. Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik,  perkauman, agama atau ideologi.

4. KEBEBASAN

Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk kepada undang-undang negaranya. Persatuan tetap menjaga kebebasannya dalam segala tindakannya yang berasaskan perikemanusiaan.

5. KHIDMAT SUKARELA

Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari untung.

6. KETUNGGALAN

Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara.

7. KESEJAGATAN

Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia, dimana semua Persatuan mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling bantu-membantu di antara satu sama lain.


LAGU PBSM

Bulan Sabit Merah Di Malaysia

Giat Berjasa Untuk Negara

Tidak Kira Kaum Dan Agama

Waktu Aman Atau Bahaya

Di Mana Jua Adanya Sengsara

Di Sana Ada Kita

Di Darat Dan Laut Kita Bersedia

Walaupun Diancam Bahaya

Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia

Membantu Semua Yang Menderita

Badan Sukarela Berkhidmat

Dengan Tabah Dan Bersemangat

 

*Lyrics: Dato’ Dol Ramli @ Song: Dato’ Johari Salleh”Lagu Bulan Sabit Merah” – was first played in a ceremony 1975 to commemorate the change of name of the Society from the Malaysian Red Cross Society to the Malaysian Red Crescent Society.
















Selasa, 8 Jun 2021

Kokurikulum - Persatuan Bulan Sabit Merah

Aktiviti Kokurikulum (PBSM) Online.

- Penerapan elemen KBAT dalam kokurikulum

=================================


=================================


Lagu PBSM



BULAN SABIT MERAH DI MALAYSIA

GIAT BERJASA UNTUK NEGARA

TIDAK KIRA KAUM DAN AGAMA

WAKTU AMAN ATAU BAHAYA

 

DIMANA JUA ADANYA SENGSARA

DI SANA ADA KITA

DI DARAT DAN LAUT KITA BERSEDIA

WALAUPUN DIANCAM BAHAYA

 

BULAN SABIT MERAH GERAKAN SEDUNIA

MEMBANTU SEMUA YANG MENDERITA

BADAN SUKARELA BERKHIDMAT

DENGAN TABAH DAN BERSEMANGAT


IKRAR PBSM

BAHAWASANYA KAMI / AHLI PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA, DENGAN INI BERJANJI / AKAN TAAT SETIA PADA TUHAN, SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG DAN SULTAN DI NEGERI KAMI / BERDASARKAN KEPADA PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA / SERTA AKAN BERSAMA-SAMA MEREKA DISELURUH DUNIA / MEMBANTU MEREKA YANG SAKIT DAN MENDERITA / BERDASARKAN KEPADA PRINSIP PALANG MERAH / BULAN SABIT MERAH SEPERTI BERIKUT

KEMANUSIAAN

KESAKSAMAAN

KEBERKECUALIAN

KEBEBASAN

PERKHIDMATAN SUKARELA

KETUNGGALAN

KESEJAGATAN



Aktiviti 1: Mesyuarat Agung Kali Pertama

Tema : Mesyuarat

Tajuk : Pendaftaran dan Perlantikan AJK

Masalah : Tiada AJK untuk mengendalikan persatuan setelah pembubaran AJK tahun terdahulu dan ahli baru belum mengenali barisan guru penasihat.

Cadangan / Alternatif :  Mengadakan mesyuarat Agung dan memperkenalkan guru-guru penasihat (google meet /google form).

Cadangan penyelesaian : Pendaftaran dan melantik AJK baru bagi tahun semasa

Laporan dan Persembahan : Senarai  ahli berdaftar dan AJK yang dilantik beserta guru penasihat

Elemen KBAT : Membuat Keputusan


Aktiviti 2 : Pengenalan Kepada PBSM

 

Aktiviti 3 : Pertolongan Cemas

Tema : Pertolongan Cemas

Tajuk : Pengenalan kepada pertolongan cemas

Masalah : Ahli belum mengetahui tentang prinsip pertolongan cemas

Cadangan / Alternatif :

 1. Memberi definasi pertolongan cemas

 2. Menjelaskan objektif pertolongan cemas

 3. Menyenaraikan sifat yang patut ada pada ahli PC

 4. Menyenaraikan item dalam Peti Pertolongan Cemas dan menjelaskan fungsinya

Cadangan penyelesaian : 

 1. Memberi penerangan asas pertolongan cemas melalui presentation (web based @ google meet).





    2. Memberi penerangan asas pertolongan cemas melalui tontonan video.








Laporan dan persembahan ; 

 1. Membuat nota mengenai pertolongan cemas

 2. Menjawab soalan kuiz.

Elemen KBAT : Aplikasi pengetahuan,kemahiran dan nilai


Aktiviti 4 : Pertolongan Cemas 2


Aktiviti 5 : Pertolongan Cemas

Aktiviti 6 : Asas Kawad














#PBSM
-------------------------------------
Pengurusan ;