Isnin, 30 Mei 2022

NOTA RINGKAS ASK TINGKATAN 1

 

BAB 1 : KONSEP ASAS PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL                     

1. Maksud Pemikiran Komputasional :

Satu proses pemikiran bagi tujuan menyelesaikan masalah oleh manusia sendiri berbantukan mesin atau kedua-duanya sekali dengan menggunakan konsep asas sains komputer.

2. Teknik dalam Pemikiran Komputasional :

a) Teknik Leraian melibatkan pemecahan suatu masalah atau sistem yang kompleks kepada bahagian-bahagian kecil bagi memudahkan pemahaman dan penyelesaian.

b) Teknik Pengecaman Corak ialah mencari persamaan atau corak pada bahagian-bahagian kecil masalah dan meletakkannya dalam satu kumpulan yang sama.

c) Teknik Peniskalaan ialah meninggalkan aspek-aspek kurang penting yang terdapat

dalam corak-corak yang dicamkan dan memfokus kepada aspek-aspek penting yang

dapat membantu dalam penyelesaian masalah.

d) Teknik Pengitlakan melibatkan pembinaan model ( formula ,teknik, peraturan atau

langkah-langkah ) bagi masalah yang diselesaikan.



BAB 2 : PERWAKILAN DATA

2.1 SISTEM NOMBOR PERDUAAN


Penukaran Nombor Perduaan kepada Nombor Perpuluhan



     3. Operasi tambah antara dua Kod ASCII






Perkaitan antara Kualiti , Saiz , Kedalaman Warna ( color depth ) dan Resolusi Imej.

1. Lebih tinggi resolusi, dimensi dan kedalaman bit warna maka lebih tinggi keperincian sesuatu imej dan memberikan imej yang jelas, tajam dan menarik.

2. Lebih tinggi resolusi dan dimensi, lebih banyak piksel digunakan untuk membentuk imej. Lebih banyak piksel bermakna lebih banyak bit dan bait diperlukan untuk menyimpan maklumat tentang piksel-piksel dalm imej dan menyebabkan saiz imej besar.

3. Lebih tinggi kedalaman bit warna sesuatu imej, semakin tinggi piksel per bit (ppb) imej. Lebih banyak bit dan bait diperlukan untuk menyimpan maklumat piksel dan menjadikan saiz imej besar.

Perhubunganantara Saiz Audio dengan Kadar Kedalaman Bit (bit depth)

1. Maksud Kadar Kedalaman Bit ialah jumlah bilangan bit ( 0 dan 1 ) yang digunakan untuk mewakili setiap saat masa main balik (play back time ) audio itu.

2. Kadar kedalaman bit diukur dalam unit bit persaat (bps)

3. Rumus pengiraan kadar kedalaman bit :



4. Terdapat dua jenis saluran iaitu :

a) Audio Mono dikeluarkan melalui satu saluran.

b) Audio Stereo dikeluarkan melalui dua saluran.




















































































BAB 3 : ALGORITMA

1. Maksud Algoritma ialah urutan tindakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah .

2. Algoritma boleh diwakilkan dengan cara :

a) Pseudokod iaitu memerihalkan langkah-langkah algoritma dengan menggunakan ayat-ayat yang ringkas dan padat.

b) Carta alir iaitu dengan menggunakan simbol grafik seperti garis lurus, anak panah dan bentuk geometri. ( Rujuk rajah di bawah )































































































































































































































































































Pengesanan Ralat yang Terdapat dalam Pseudokod dan Carta Alir

1. Maksud Ralat ialah kesilapan atau kesalahan yang menyebabkan sesuatu algoritma atau atur cara tidak berfungsi seperti yang diharapkan atau telah mengeluarkan output yang salah.

2. Setelah suatu algoritma disiapkan, semakan semula ( semakan kualiti ) harus dijalankan.

3. Terdapat dua cara semakan semula iaitu:

a) Teknik Semakan Meja ( Desk Check) :

satu teknik manual untuk menyemak logik setiap langkah serta logik aliran langkah-langkah algoritma dengan menggunakan satu sampel input dan memproses data itu secara manual mengikut langkah-langkah algoritma.

b) Teknik Langkah Demi Langkah ( Step Through)

Memeriksa logik algoritma secara langkah demi langkah mengikut urutan dalam algoritma tanpa menggunakan sampel data input.




BAB 4 : KOD ARAHAN

4.1 : Pembangunan Kod Arahan

1. Maksud Kod Arahan ialah satu arahan yang mengarahkan komputer melakukan sesuatu tugas.

2. Maksud Pemboleh ubah ialah storan ingatan yang digunakan oleh program komputer untuk menyimpan data yang perlu dioalahkan kemudian.

3. Pemboleh ubah boleh menyimpan data dalam bentuk :

a) Nilai berangka ( 0 -9 )

b) Teks ( huruf atau abjad )

c) Nilai BOOLEAN ( Boolean - True/False )

4. Operator matematik ialah simbol-simbol yang digunakan dalam menjalankan operasi matematik dalam kod arahan. ( Rujuk Jadual di bawah ).
















































7. Pembangunan atur cara melibatkan lima fasa utama iaitu :

a) Fasa 1 : Analisis masalah

 Pengatur cara perlu mengetahui kehendak pelanggan untuk menentukan input, proses dan output yang diingini.

b) Fasa 2 : Reka bentuk atur cara

 Pengatur cara mula menulis pseudokod, melakar carta alir dan mereka bentuk Antara Muka Pengguna Grafik / Graphical User Interface (GUI ).

c) Fasa 3 : Pengekodan

 Pseudokod akan ditukarkan kepada kod yang difahami oleh komputer dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti Visual Basic, JAVA atau Phyton.

d) Fasa 4 : Pengujian dan Penyahpepijatan

 Atur cara yang ditulis akan diuji untuk mengesan dan membetulkan sebarang ralat yang terdapat pada atur cara.

e) Fasa 5 : Dokumentasi

 Mengandungi laporan proses pembangunan peringkat awal hingga akhir proses.

 Dokumentasi dalaman ( untuk kegunaan pelanggan)

 Dokumentasi luaran ( untuk pengguna akhir yang menggunakan atur cara).

8. Terdapat 3 jenis ralat iaitu :

a) Ralat sintaks ( Syntax error )

 Contoh : apabila pengaturcara menulis alamat emel sebagai “dotcom” bukan “.com”

b) Ralat logik ( Logical error )

 Kod arahan tidak ditulis dengan betul

c) Ralat masa larian ( Runtime error )

 Disebabkan oleh program yang digunakan.

 Contoh : Virus,pepijat atau ingatan yang tidak mencukupi.

4.2 Kod Arahan HTML

1. HTML (Hypertext Markup Languange) digunakan untuk membina laman sesawang.

2. Kod arahan HTML boleh ditaip dengan menggunakan aplikasi Notepad dan disimpan dalam format “.html” atau ”.htm”.

3. Tag dalam HTML :

a) <html></html>

Tag ini memaklumkan kepada pelayar web bahawa dokumen ini adalah fail html.

b) <head></head>

Tag ini adalah bahagian kepala aturcara html.

c) <title></title>

Tag ini untuk memaparkan tajuk dokumen html.

d) <body></body>

Tag ini adalah bahagian kandungan fail html, iaitu kandungan dokumen seperti teks, imej,pautan dan sebagainya.

e) Tag paragraph heading

<h1> untuk memaparkan saiz teks terbesar.

<h6> untuk memaparkan saiz teks terkecil.