Isnin, 13 Jun 2022

Nota Ringkas ASK Tingkatan 2

 








BAB 3: KOD ARAHAN

3.1 Persekitaran kod arahan

Kod arahan merupakan satu arahan yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan untuk mengarahkan komputer melaksanakan sesuatu tugas.

 

Contoh bahasa pengaturcaraan komputer adalah seperti;

•             Scratch

•             HTML

•             Python

Persekitaran kod arahan : Persediaan terhadap peralatan dan perisian yang diperlukan untuk menulis kod arahan.

 

Contoh keperluan kepada kod arahan adalah seperti;

•             Perisian aplikasi bahasa pengaturcaraan

•             Perkakasan komputer

•             Sambungan internet

•             Pelayar web

 

Penterjemah bahasa pengaturcaraan adalah;

•             Penghimpun (assembly)

•             Pengkompil (compiler)

•             Pentafsir (interpreter)

 

Pemboleh ubah ; Ruang simpanan data supaya komputer dapat memproses data yang dimasukkan oleh pengguna

 

Jenis data yang digunakan sebagai pemboleh ubah;

•             Integer

•             Double

•             Boolean

•             Char

•             String

Integer:

Nombor yang tidak mengadungi bahagian pecahan dan tidak mempunyai titik perpuluhan

Terdiri daripada nombor negatif, sifar dan nombor positif

Pengisytiharan dalam Python adalah >>> a = int nombor

 

Double:

Sejenis data yang mengandungi bahagian pecahan atau nombor perpuluhan

Boleh terdiri dari nombor negatif dan nombor positif dalam bentuk nombor perpuluhan atau pecahan

Python tidak mempunyai double, diganti dengan float

64 bit diperuntukkan untuk jenis data double

 

Char:

Jenis data yang digunakan untuk mewakili aksara (character) yang terdiri daripada huruf abjad, angka dan simbol.

Python tidak mempunyai Char, diganti dengan String

 

String:

Satu perkataan yang dibina daripada aksara.



Boolean

Mempunyai dua nilai iaitu benar dan palsu yang digelar nilai logik

Nilai 0 untuk palsu, 1 untuk benar

Digunakan dalam struktur kawalan pilihan dan struktur kawalan ulangan

Menggunakan operator perbandingan iaitu >, <, >=, <=

Pemboleh ubah

Storan ingatan dalam komputer yang digunakan oleh atur cara untuk mewakili data yang dimasukkan oleh pengguna




Fungsi Input

Digunakan untuk mendapatkan data dari pengguna melalui segmen kod yang dibina

C++ sintaks umumnya : cin>>

C sintaks umumnya : scanf( )

Java sintaks umumnya : system.in

Python sintaks umumnya : input ( )

Fungsi Output

Merujuk kepada maklumat yang dipaparkan pada skrin komputer yang dihasilkan melalui segmen kod atau data yang dimasukkan oleh pengguna

C++ sintaks umumnya : cout<<

C sintaks umumnya : printf( )

Java sintaks umumnya : system.out

Python sintaks umumnya : print ( )

 


































Menguji atur cara dan membaiki ralat

  • Terdapat 3 jenis ralat yang mungkin berlaku semasa aturcara dilaksanakan iaitu ralat sintaks, ralat logik dan ralat masa larian
  • Ralat sintaks mudah dikenalpasti kerana penterjemah Python akan memberitahu tempat berlaku kesilapan pengaturcaraan. 
    Jika ralat ini berlaku, pengompilan aturcara tidak dapat dilakukan sehingga ianya diperbetulkan.
  • Ralat logik pula sukar dikesan berbanding dengan ralat sintaks. Atur cara boleh dilaksanakan dengan jayanya tanpa memaparkan sebarang mesej ralat atau terhenti secara tiba-tiba. Ia boleh dikesan berdasarkan output yang dipaparkan. Output yang dipaparkan adalah salah atau tidak sepatutnya.
Ralat masa larian boleh berlaku apabila aturcara tiba-tiba berhenti atau aturcara tidak boleh berhenti. Ia juga berlaku apabila nilai yang dimasukkan adalah tidak sama dengan nilai yang diisytiharkan.